Saturday, November 30, 2013

Punca Jeragat dan Parut Hitam Dan Cara Merawat Dengan Shaklee

Punca Jeragat dan Parut Hitam Dan Cara Merawat Dengan Shaklee 

 

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
1) Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit
2) Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.
Cara merawat jeragat dan tompok-tompok hitam:
1) Penggunaan set penjagaan muka khas untuk masalah jeragat seperti Nu-Derm Obagi Medical dengan preskripsitretinoin untuk mengaktifkan sel kulit.
2) Penggunaan krim pemutih yang berasaskan hidrokuinonatas nasihat doktor untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Selain itu, krim muka yang mengandungi arbutin, vitamin C, kojik asid atau peptide boleh digunakan untuk jangka masa lebih lama.
3) "Chemical peel" boleh dilakukan atas pengawasan doktoruntuk mengurangkan jeragat. Glikolik peel bagi jeragat yang berada pada paras epidermal, manakala salicylic acid peelatau jessner's peel bagi jeragat yang berada pada paras dermal iaitu lebih dalam.
4) Rawatan "intense pulsed light" atau "IPL" dapat mengurangkan jeragat yang berada di paras epidermal. IPL mengeluarkan cahaya yang memecahkan jeragat kepada saizyang lebih kecil.
5) Rawatan laser "Q-Switched Nd-Yag" merupakan rawatan"gold standard" untuk jeragat samada epidermal atau dermal. Laser ini juga akan memecahkan jeragat kepada saiz yang lebih kecil yang akan dimusnahkan di dalam badan oleh selphagosit. Selepas rawatan laser, jeragat akan tampil lebih gelap dahulu beberapa hari dan kemudian akan lebih cerah.
Cara mencegah jeragat
1) Gunalah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya spf 40-50 dan pastikan anda mengaplikasikannya dua kali sehariatau setelah berpeluh. Lindungilah anak-anak kita dari matahari dengan penggunaan krim pelindung matahari dari umur mereka 6 bulan. Makanlah pil pelindung matahariHeliocare oral, yang terdapat di klinik sekiranya anda aktif bersukan, bermain golf, bercuti di pantai atau bekerja dipanas terik. Selain mengelak daripada jeragat, ia juga mengelak dari kanser kulit
2) Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkan kulit untuk jangkamasa yang lama seperti Kinerase yang mengandungi kinetin daripada tumbuh-tumbuhan untu kmerawat kulit kusam, berjeragat dan sensitif
3) Lakukan rawatan chemical peel, ipl atau laser Q-switched/NdYag untuk mengelak jeragat daripada muncul dan kelihatan lebih terang
4) Elakkan merokok. Jika jeragat disebabkan oleh pil perancang, tukarlah cara perancangan keluarga yang tidak berasaskan hormon seperti IUCD Cu250
5) Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon boleh dilakukan dengan doktor anda. Oleh kerana jeragat mungkin berada di lapisan kulit yang berbeza-beza, jeragat merupakan masalah yang memerlukan beberapa rawatan susulan untuk mengurangkannya.Sekiranya rawatan terlalu drastik dilakukan kehilangan selmelanosit akan menyebabkan tompok-tompok putih yangkekal. Oleh itu lebih mudah mencegah jeragat daripada merawatnya
Sumber Dr Nurhalina Azly binti Minhat,
timeless.timeless@gmail.com
 
Apa kaitan antara jeragat dan kulit???

* Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

* Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.

* Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.

* Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.

* Asid lemak penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.

* Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.

* Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.

* Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.

* Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.

* Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Saranan vitamin SHAKLEE:

1. Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen. Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.


2. Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E shaklee ni natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk.

3. Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu Malaysia..

4. Omega Guard - baik untuk masalah kulit yang kering kerana kandungan EPA boleh mengawal atur kandungan minyak dalam kulit.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk Info dan Order:
ALIZA KASRAN
Shaklee Independent Distributor
ID 1083863
Facebook :Aliza Kasran
 SMS : 017 7641401
Email :aa.liza1005@gmail.com
Blog :http://cikgulangsingshaklee.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment